Wednesday, November 25, 2009

Sejarah Perpustakaan UiTM Melaka & Pusat Sumber UiTM KBM



Perpustakaan UiTM Melaka telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1984, yang peringkat awalnya terletak di kampus utama di Jalan Hang Tuah, Melaka. Perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan tetap yang terletak di Alor Gajah pada bulan Oktober 1999. Seramai 1600 orang pembaca boleh ditempatkan dalam perpustakaan dan selainnya seramai 390 orang di ruang diskusi. Sebagai sebuah gedung ilmu Perpustakaan UiTM Melaka telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan warga UiTM.
.
Pusat sumber KBM merupakan sebuah pusat maklumat yang menyediakan pelbagai sumber rujukan serta perkhidmatan perpustakaan bercirikan separa maya yang telah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur ICT , Ianya adalah bertujuan untuk menyokong proses penyelidikan , pendidikan dan pembelajaran pengguna - pengguna di UiTM Melaka khususnya warga Kampus Bandaraya Melaka . Pusat Sumber Kampus Bandaraya Melaka diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan yang berpusat di Perpustakaan UiTM Kampus Melaka ( Alor Gajah ) dan di bantu oleh 2 orang Pustakawan dan 7 orang Pembantu Perpustakaan Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka terletak di tingkat 1 dan tingkat 12 Bangunan Graha Jaya ,Jalan Hang Tuah, Melaka. Pusat Sumber Tingkat 12 mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007. Manakala Pusat Sumber tingkat 1 mula beroperasi pada Ogos 2007. Pusat Sumber ini mampu menyediakan tempat duduk bagi 530 orang pengguna pada satu masa.

No comments:

Post a Comment