Wednesday, November 25, 2009

Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan 2009

Alhamdulillah.., Syukur kehadrat Allah, Pusat Sumber telah selesai melaksanakan program Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan(HBP) Siri yang Ke-2 pada 11 dan 12 Ogos 2009. Saya bagi pihak Jawatankuasa Program HBP, mengucapkankan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yg Bhg Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Bin Hitam, kerana telah sudi merasmikan program HBP tersebut. Kepada Tuan Haji Haron Wee Ah Boo, Ketua Pustakawan Seluruh Sistem UiTM, kehadiran Tuan menjadi sumber inspirasi dan menjadikan Program Hari Bertemu Pelanggan bertambah ceria dan gemilang, terima kasih yang tak terhingga diucapkan. Tidak lupa juga kepada TPK HEA - Prof Madya Sabariah Hj. Mahat kerana banyak memberi sokongan yang padu dan membuat program bertambah meriah dengan kehadiran koordinator2 program, terima kasih diucapkan-jasa mu sangat dikenang. Tidak lupa juga Kepada TPK - Prof Madya Mohd Zainuddin Hassan yang banyak memberi nasihat dan sokongan padu, TPK HEP- En Baharim, TPK PJI- Dr Roaimah yang sudi hadir memeriahkan majlis, terima kasih diucapkan. Tidak Lupa juga kepada Tuan Haji Abdul Hameed dan Hajah Ahbul Zailani Begum yang banyak membantu dalam mempertingkatkan sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan, jutaan terima kasih diucapkan, jasa mu sangat dihargai, Koordinator-kooardinator Program, Ketua-ketua Bahagian/Unit, Pensyarah, staf Pentadbiran, jawatankuasa HBP, pelajar-pelajar dan semua yang terlibat dalam menjayakan Program HBP siri Ke2, terima kasih diucapkan kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis HBP. Kami juga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap serta juga sebarang kesilapan dan kesulitan yang berlaku sepanjang program HBP tersebut.
Kepada semua pemenang-pemenang hadiah - Anugerah Pinjaman Terbanyak, Library Scavenger Hunt, Kuiz Roda Impian, dan Teka muka surat buku, tahniah dan syabas diucapkan. Kepada yang tidak menang, insyaallah jika ada umur yang panjang dan rezeki, tahun hadapan cuba lagi.
Semoga program Hari Bertemu Pelanggan Siri ke 2 anjuran Pusat Sumber UiTM KBM menjadi kenangan terindah untuk semua.







Terima Kasih yang tidak terhingga lagi sekali kepada semua yang menjayakan Program HBP.





No comments:

Post a Comment